Mykebun

Friday, 29 March 2013

Mykebun-Pokok Cili Yang berbuah

 


It has been 2 month plus, and my chilies plant has give me good results. Alhamdulillah, Pokok cili berbuah dengan galaknya, lepas ni bleh la menikmati hidangan bercili organik tanaman sendiri.. nikmat.  kata orang, sayur-sayur tanaman organik ni lebih sedap daripada sayuran komersial. Fakta yang perlu kita ketahui ialah sayur komersial terdedah kepada racun dan bahan kimia yang lain termasuk bahan yang digunakan untuk awetan atau bagi sayur tahan lama di pasaran yang boleh mengakibatkan kehilangan nutrien dan zat-zat yang terkandung dalam sayuran itu. So, choose what best for yourself.

Friday, 22 March 2013

Info-Apa itu perkebunan organik?

Istilah organik dalam konteks adalah bahan yang berasal daripada benda hidup. Apabila di aplikasikan dalam perkebunan, ia bermaksud pengunaan teknik secara sistematik yang mencerminkan  sistem semulajadi yang berlaku di muka bumi ini. Dengan kata lain, ia adalah tentang mencari kaedah-kaedah yang mesra alam untuk penanaman, berkerjasama dengan alam semulajadi daripada merosakkannya. Perkebunan organik bukan sahaja merujuk kepada teknik, malah ia juga boleh dijadikan falsafah hidup yg lebih baik dan bermoral.


Adakah mungkin kita 100% organik?

Jawapannya,boleh.... tetapi ia mungkin penuh dengan kesukaran. Walaubagaimanapun, kita tidak perlu memikirkan tentang hal-hal kesukaran yang akan membantut niat yang murni ini. Yang penting, matlamat kita seharusnya berlandaskan cita-cita untuk mendapatkan solusi yang ideal.  Menjadi kebiasaan bagi kita untuk berkompromi bila sesuatu perkara itu tidak menjadi seperti apa yang kita jangka kan. walaubagaimanapun, ia tidak mustahil untuk tegas dan disiplin dalam mnguruskan kebun kita sendiri. Dengan rancangan yang mudah dan pemerhatian teknik-teknik perkebunan yang baik  boleh meningkatkan ilmu,dan pada yang sama keseimbangan semulajadi dapat dibentuk di laman kita sendiri. Akhirnya, misi setiap pekebun organik sama ada membina landskap bandar hijau, atau pun sebagai sumber sayuran di dapur rumah, ia adalah untuk membuat pilihan yang lebih sesuai dengan teknik yang baik dan mesra alam, dan juga mampu menjana ekonomi sendiri. Bagi penulis, ia juga adalah sebagai satu pengajaran dan kesedaran diri supaya lebih mensyukuri nikmat Tuhan yang di anugerahkan kepada kita. Maju ke depan dengan cara organik adalah lebih baik daripada hanya memikirkan keuntungan yang palsu semata-mata.


 Biodiversity literally mean "Variety of life". Are you enjoying just thinking making money or just want to have simple ignorant life, when there is so much life out there? make a move, be green for better future!


Kebaikan-kebaikan berkebun secara organik.

Kesan-kesan manusia kepada bumi.
Organik mengurangkan kebergantungan kepada sumber yang tidak boleh diperbahrui. Dunia kita semakin berkembang dengan peningkatan populasi manusia, akan tetapi kebanyakan sumber kita adalah terhad. Dengan mengunakan sumber yang boleh diperbahrui, ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan sumber pada masa hadapan.

Penyelesaian Setempat kepada masalah global
Pergerakan penanaman organik menggalakan sesuatu individu  untuk bertindak di setempat, dalam jangka yang sama boleh menyelesaikan masalah global yang berlaku sekarang ini.

Meningkatkan mutu biodiversiti dan alamsemulajadi
Penanaman organik  adalah mesra alam,ia boleh menyokong kehidupan lain seperti burung, rama-rama dan tumbuhan lain.

Mengurangkan bahan buangan dan pembaziran
kita menghasilkan bahan buangan dan kadang kala membazir sama ada makanan dan bahan-bahan organik yang lain, kitar semula supaya menjadi kompos atau baja organik adalah kunci dalam penanaman organik.

Dapat menghasilkan kebun yang lebih menarik
Penanaman secara organik menjaminkan kelestarian pada masa hadapan dan mesra alam. Dengan melibatkan diri dalam bidang ini, ia boleh memberi kepuasan dalam diri kita sendiri. Kita dapat menjalinkan hubungan dengan lebih baik dengan alam sekitar dan kita juga menerima kesan yang baik daripada alam sekitar seperti kesihatan dan sebagainya.

We are what we eat...
Sistem Organik  mengiktirafkan bahwa kesihatan kita berhubung dengan kualiti makanan yang kita ambil dan apa juga kebaikan untuk tanah. Penanaman oganik menggalakan pengurangan kepada kebergantungan kepada racun dan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan persekitaran dan
kesihatan.  



 Being organic is not just about to enjoy your own peas or chilies or something; it also about respect to environment!

Saturday, 2 March 2013

Mykebun-Pokokcili ku mula berbunga

  Lepas follow up hari tu, aku perasan yg pokok-pokok cili aku skrang sudah berbunga... Alhamdulillah..  Terus kerja-kerja membaja dengan menggunakan baja NPK 12:12:17 super blue dilakukan.. harap2 la pokok cabai aku ni bebuah dengan lebatnya.. Insya Allah..  

    Keadaan cuaca yg suam2 kuku, kejap hujan kejap panas ada jugak merisaukan aku, takut2 pokok cili aku ni akan di jangkiti penyakit dalam masa berbuah nanti.. aku ada semburan foliar made from japan yang aku beli dari Tesco berdekatan. Katanya, ia dapat mmbantu dalam mencegah pokok daripada jangkitan penyakit, menghindarkan pokok daipada ancaman serangga perosak dan mempercepatkan pokok untuk berbuah. Taktau lah berkesan or tak. Tapi as for now, ia sangat berkesan untuk pokok limau purut aku tu. kesannya, daun menjadi lebih hijau,segar dan kuat. Harap-harap, ia berkesan jugak untuk pokok-pokok cabai aku ni.


Pokok cili yg baru tumbuh bunga

Wednesday, 27 February 2013

Mykebun-Follow up on 28th Feb 2013-my garden

Dah 20 hari berlalu, lama jugak la tak jenguk kebun aku yg comei tu. Maklum la skarang ni agak sibuk jugak melayan kerenah kerja yg tak penah henti-henti. Cuaca Skrang pon dah tak menentu, kejap hujan, kejap panas, apa la jadik kat pokok2 aku ni.. huhuhu.. terkejut juga masa melawat hari tu, pokok cili aku dah jadi raksasa, tak dapat cam dah mana satu pokok cili aku yg dulunya kenit setinggi kotak mancis kini tinggi and gemuk2. Alhamdulillah, kuasa Tuhan melebihi segalanya.... Tanpa membuang masa, kerja2 pengubahan di lakukan untuk memberi saiz medium yg lebih sesuai untuk pokok2 cabai aku ni. Tengoklah hasilnya yg tak seberapa ni untuk tatapan umum...

Daun saiz giant, taktau la ni normal or tak untuk pokok cabai sebesar ni..

Monday, 11 February 2013

Info-Apa itu baja Kompos?

Apa itu baja kompos

Sejenis baja organikDihasilkan dari proses pengkomposan Tinja ternakan menggunakan STARDEC yang dicampur dengan Sekam Padi Bakar, Kapur Pertanian, Serbuk Kayu Gergaji & Air dalam tempoh tertentu
Bahan utama yang di perlukan


•Bangsal kompos
•Tinja 83%
•Stardex 0.25%
•Kapor Pertanian 2%
•Sekam Padi bakar 10%
•Serbuk Kayu 5%

Sunday, 10 February 2013

Mykebun-KEBUN SAYUR KU- MY GARDEN

Projek untuk 2013 ialah menghasilkan kebun sayuran kecil untuk menampung keperluan dapur sebagai satu cara percaturan kewangan pada tahun 2013. ini adalah projek cuba2 dengan limited budget untuk modal dan sedikit ilmu pengetahuan yang tak seberapa.. huhuhu apa2 pun, lebih baik mencuba daripada bercakap tapi tak penah buat apa pon dalam hidup.. what a life without risk, yg penting enjoy!


Limau purut

Pokok Anak2 cabai

Monday, 4 February 2013

Offtopic-Cool Pics.









awesome pictures...always keep me relax in my struggling life. Sneak into these pictures and get my life back.

Sunday, 3 February 2013

New Project in life for 2013!

Tahun ni nak naik tahun ular, still kehidupan ku bagaikan ular lagi.. adakah kerana kuat mengular or ular-ularan..

but that's not all, there some project undegoing for 2013... projek kebun sayuran kecil-kecilan untuk menampung keperluan sayur seharian dan mengindahkan lagi seri rumah aku ni.. aku tak tau kenapa, tapi rasa addict sgt nak berkebun mcm dulu.. hehehe.. mmg aku tak suka makan sayur beli kat pasar or tesco sbb di khuatiri racun yg masih melekat pada sayur amatlah merbahaya untuk kesihatan.. lagipun makan sayur kebun sendiri lagi puas dan nikmatnya tak terkata.. tak kisah la sayurnya kontot mcm kurang vitamin ke, but still nikmat dia tu tak banyak org tau!

Therefore, Persembahan ku membuka tirai...........