Mykebun

Friday, 29 March 2013

Mykebun-Pokok Cili Yang berbuah

 


It has been 2 month plus, and my chilies plant has give me good results. Alhamdulillah, Pokok cili berbuah dengan galaknya, lepas ni bleh la menikmati hidangan bercili organik tanaman sendiri.. nikmat.  kata orang, sayur-sayur tanaman organik ni lebih sedap daripada sayuran komersial. Fakta yang perlu kita ketahui ialah sayur komersial terdedah kepada racun dan bahan kimia yang lain termasuk bahan yang digunakan untuk awetan atau bagi sayur tahan lama di pasaran yang boleh mengakibatkan kehilangan nutrien dan zat-zat yang terkandung dalam sayuran itu. So, choose what best for yourself.

Friday, 22 March 2013

Info-Apa itu perkebunan organik?

Istilah organik dalam konteks adalah bahan yang berasal daripada benda hidup. Apabila di aplikasikan dalam perkebunan, ia bermaksud pengunaan teknik secara sistematik yang mencerminkan  sistem semulajadi yang berlaku di muka bumi ini. Dengan kata lain, ia adalah tentang mencari kaedah-kaedah yang mesra alam untuk penanaman, berkerjasama dengan alam semulajadi daripada merosakkannya. Perkebunan organik bukan sahaja merujuk kepada teknik, malah ia juga boleh dijadikan falsafah hidup yg lebih baik dan bermoral.


Adakah mungkin kita 100% organik?

Jawapannya,boleh.... tetapi ia mungkin penuh dengan kesukaran. Walaubagaimanapun, kita tidak perlu memikirkan tentang hal-hal kesukaran yang akan membantut niat yang murni ini. Yang penting, matlamat kita seharusnya berlandaskan cita-cita untuk mendapatkan solusi yang ideal.  Menjadi kebiasaan bagi kita untuk berkompromi bila sesuatu perkara itu tidak menjadi seperti apa yang kita jangka kan. walaubagaimanapun, ia tidak mustahil untuk tegas dan disiplin dalam mnguruskan kebun kita sendiri. Dengan rancangan yang mudah dan pemerhatian teknik-teknik perkebunan yang baik  boleh meningkatkan ilmu,dan pada yang sama keseimbangan semulajadi dapat dibentuk di laman kita sendiri. Akhirnya, misi setiap pekebun organik sama ada membina landskap bandar hijau, atau pun sebagai sumber sayuran di dapur rumah, ia adalah untuk membuat pilihan yang lebih sesuai dengan teknik yang baik dan mesra alam, dan juga mampu menjana ekonomi sendiri. Bagi penulis, ia juga adalah sebagai satu pengajaran dan kesedaran diri supaya lebih mensyukuri nikmat Tuhan yang di anugerahkan kepada kita. Maju ke depan dengan cara organik adalah lebih baik daripada hanya memikirkan keuntungan yang palsu semata-mata.


 Biodiversity literally mean "Variety of life". Are you enjoying just thinking making money or just want to have simple ignorant life, when there is so much life out there? make a move, be green for better future!


Kebaikan-kebaikan berkebun secara organik.

Kesan-kesan manusia kepada bumi.
Organik mengurangkan kebergantungan kepada sumber yang tidak boleh diperbahrui. Dunia kita semakin berkembang dengan peningkatan populasi manusia, akan tetapi kebanyakan sumber kita adalah terhad. Dengan mengunakan sumber yang boleh diperbahrui, ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan sumber pada masa hadapan.

Penyelesaian Setempat kepada masalah global
Pergerakan penanaman organik menggalakan sesuatu individu  untuk bertindak di setempat, dalam jangka yang sama boleh menyelesaikan masalah global yang berlaku sekarang ini.

Meningkatkan mutu biodiversiti dan alamsemulajadi
Penanaman organik  adalah mesra alam,ia boleh menyokong kehidupan lain seperti burung, rama-rama dan tumbuhan lain.

Mengurangkan bahan buangan dan pembaziran
kita menghasilkan bahan buangan dan kadang kala membazir sama ada makanan dan bahan-bahan organik yang lain, kitar semula supaya menjadi kompos atau baja organik adalah kunci dalam penanaman organik.

Dapat menghasilkan kebun yang lebih menarik
Penanaman secara organik menjaminkan kelestarian pada masa hadapan dan mesra alam. Dengan melibatkan diri dalam bidang ini, ia boleh memberi kepuasan dalam diri kita sendiri. Kita dapat menjalinkan hubungan dengan lebih baik dengan alam sekitar dan kita juga menerima kesan yang baik daripada alam sekitar seperti kesihatan dan sebagainya.

We are what we eat...
Sistem Organik  mengiktirafkan bahwa kesihatan kita berhubung dengan kualiti makanan yang kita ambil dan apa juga kebaikan untuk tanah. Penanaman oganik menggalakan pengurangan kepada kebergantungan kepada racun dan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan persekitaran dan
kesihatan.  



 Being organic is not just about to enjoy your own peas or chilies or something; it also about respect to environment!

Saturday, 2 March 2013

Mykebun-Pokokcili ku mula berbunga

  Lepas follow up hari tu, aku perasan yg pokok-pokok cili aku skrang sudah berbunga... Alhamdulillah..  Terus kerja-kerja membaja dengan menggunakan baja NPK 12:12:17 super blue dilakukan.. harap2 la pokok cabai aku ni bebuah dengan lebatnya.. Insya Allah..  

    Keadaan cuaca yg suam2 kuku, kejap hujan kejap panas ada jugak merisaukan aku, takut2 pokok cili aku ni akan di jangkiti penyakit dalam masa berbuah nanti.. aku ada semburan foliar made from japan yang aku beli dari Tesco berdekatan. Katanya, ia dapat mmbantu dalam mencegah pokok daripada jangkitan penyakit, menghindarkan pokok daipada ancaman serangga perosak dan mempercepatkan pokok untuk berbuah. Taktau lah berkesan or tak. Tapi as for now, ia sangat berkesan untuk pokok limau purut aku tu. kesannya, daun menjadi lebih hijau,segar dan kuat. Harap-harap, ia berkesan jugak untuk pokok-pokok cabai aku ni.


Pokok cili yg baru tumbuh bunga