Mykebun

Friday, 29 March 2013

Mykebun-Pokok Cili Yang berbuah

 


It has been 2 month plus, and my chilies plant has give me good results. Alhamdulillah, Pokok cili berbuah dengan galaknya, lepas ni bleh la menikmati hidangan bercili organik tanaman sendiri.. nikmat.  kata orang, sayur-sayur tanaman organik ni lebih sedap daripada sayuran komersial. Fakta yang perlu kita ketahui ialah sayur komersial terdedah kepada racun dan bahan kimia yang lain termasuk bahan yang digunakan untuk awetan atau bagi sayur tahan lama di pasaran yang boleh mengakibatkan kehilangan nutrien dan zat-zat yang terkandung dalam sayuran itu. So, choose what best for yourself.



       Aku perasan cili-cili aku ni ada yg hijau gelap pekat and ada yg hijau muda kekuningan.. Yang hijau gelap ni kebanyakannya lebih kontot dan lambat membesar sikit. Yang hijau muda lebih panjang dan cepat membesar. still wondering why it happen. tapi dalam firasat aku yang tak seberapa ni, yang hijau gelap tu mesti pedas, dengan melihat ciri2 yang ditonjolkan, spt tekstur yang garang, gemuk berisi dan penuh degan nutrien..

      Aku ada jugak perasan, yang cabai yang mempunyai ranting yang banyak lebih lebat dan buah yang sihat berbanding dengan pokok yang kurang cabangnya. Begitu jugak dengan ketahanan kepada penyakit. Pokok yang sikit rantingnya mempunyai batang dan daun yang besar, tetapi hasil yang kurang memberansangkan. Daun pula slalu meringkuk, sperti kepanasan.. mcm penyakit ja.. pnyakit apa ya...

     Next plan adalah untuk mencari companion plant for my pokok cili aku. dok usyar2 internet, pokok french marigold dan pokok jagung ni sesuai untuk dijadikan companion plant. French marigold (bunga taik ayam kut) terkenal dengan bau dan jugak minyak yang dihasilkan yang boleh membantu mengurangkan serangga perosak whitefly daripada hinggap pada pokok cili. Pokok jagung pulak terkenal untuk menarik serangga pemangsa (beneficial insect) yang dapat membantu memakan serangga perosak di dalam tanaman kita. "senjata biologi" yang paling afdal untuk tanaman cili organik. Tak payah guna racun yang merbahaya lagi...

   Apa-apa  pun, let's enjoy "Pokok cili yang berbuah" pada kali ini untuk ada sekalian.. Adios.








   

1 comment: